Monday, December 10, 2012

BAGAIMANA MENJERNIHKAN HATI ?

Bismillah ..
Assalamualaikum .

seperti tajuk di atas . saya baca buku nie . jadi saya akan berkongsi serba sedikit bersama2 para pembaca sekalian ... semiga kita menjadi hamba yang Allah redhai ... aminn :)




Hati yang kotor akan menyukarkan ilmu untuk menembusinya. Hidayah Allah juga sukar untuk meresapi hati yang kotor itu . Maka, sangat dituntut agar setiap orang itu menyucikan hatinya kerana hati itu tempat nilaian Allah . Rasulullah S.A.W bersabda :

               " Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa
                                                       dan harta-harta kamu tapi  melihat
                                              hati dan perbuatanmu "
                                                                                                    ( Riwayat Muslim )

Beberapa langkah berikut perlu dilakukan untuk menyucikan dan menjernihkan hati :

1) Memuhasabah diri  dengan mencari simptom2 penyakit penyakit hati yang terdapat dalam diri . Antara jenis2 penyakit hati ialah iri hati, dengki, pemarah dan bersangka buruk. Penyakit2 hati inilah yang akan membawa seseorang kepada dosa yg seterusnya . Misalnya, rasa iri hati jika tidak dikawal akan mendorong si pemilik hati memperpanjangkan perasaannya itu dengan menabur fitnah terhadap insan yang dicemburui .


2) Bertaubat atas dosa-dosa.   Setiap hari kita melakukan dosa dengan sedar dan tanpa sedar . kandang2 kita mengumpul dosa dengan mengumpat, mengata orang . Kita juga bercakap perkara yang sia-sia dan membuatkan kita lalai daripada mengingati Allah . Sebab itulah kita dianjurkan agar melakukan solat sunat taubat sebelum tidur . Dikhuatiri kita mati semasa tidur dan tidak sempat bertaubat .

3) Mentadabbbur ayat Al-Quran . Mengapa dikatakan mentadabbur al-Quran dapat menyucikan hati ? kerana isi kandungan al- Quran menceritakan balasan2 dan seksa2 neraka yang bakal diterima oleh si penghimpun dosa . Al- Quran juga mengandungi khabar2 gembira daripada Allah untuk si penghimpun pahala . Maka dengan mentadabbur ayat al-Quran, ia dapat melahirkan rasa gerun di hati si penghimpun dosa dan dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah .

4) Istiqamah dengan amal soleh , iaitu amalan dan perlakuan yang diredhai Allah . Dengan terus-menerus amalan soleh seperti solat sunat taubat setiap malam, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, serta sentiasa solat sunat rawatib, ia mampu melembut dan menjernihkan hati .

5) Sentiasa melapangkan masa dengan berzikir iaitu mengingati Allah dengan membaca ayat2 tertentu. Zikir dapat menjernihkan hati kerana hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah , seperti firman Allah :

    "(iaitu) orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. [ QS Ar-Ra'd, 13: 28 ]

6) Mengingati mati . Dengan banyak mengingati mati, hati menjadi insaf tentang sedikitnya amalan yang dilakukan dan banyaknya dosa yang dihimpunkan .

7) Menghadiri majlis-majlis ilmu . Dengan bertambahnya ilmu, bertambahlah pedoman untuk menjalani kehidupan termasuklah pedoman dalam membersihkan hati, beramal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah . Maka majlis ilmu itu sendiri disifatkan Rasulullah SAW sebagai taman syurga . Maka sudah tentulah hati akan mudah untuk dijernihkan . .

    
   SUCIKAN DIRI DENGAN MENYUCIKAN HATI.

Di manakah tahap hati kita ?    Adakah hati kita sihat atau berpenyakit ? Jika kita merasakan bahawa hati kita sakit, maka hat iyang sakit itu perlu dirawat dan diberikan penawarnya . Jika kita merasakan bahawa hati kita tenat, maka hati yang tenat itu perlu dikejarkan ke bahagian kecemasan iman, Jangan biarkan hati terus tenat, kemudian kita mati tanpa sempat mengenal erti taubat !!

Sucikan hati kerana hati yang suci adalah wadah untuk menampung hidayah dan iman . , 






Note : saya sukaaa sangat DIANA AMIR selepas dah berhijab .... sangat cantikkk .... nah sekeping gambarr kakak saya . lalalalla ~





by : Ukhti Raihanah Zakaria

No comments:

Post a Comment