Assalamualaikum . wahai pembaca yang dikasihi,
hari ini saya nak share tentang aurat wanita yang sangat mahal harganya .
apa yang kita dapati sekarang, ramai wanita yang memandang remeh dalam hal ini .
err .. ini melibatkan akhirat .. jadi .
teruskan membaca wahai pembaca .
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata
sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang
paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat
dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum)
menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita
sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah
didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah
semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik
kata-kata Sheikh Ali Thantawi:
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat
pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan
menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum
sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut
mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk
berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya,
sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia
turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan
kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan
Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya
jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".
1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda
Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya
tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda
Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur :
31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di
bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
(Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka
ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari
dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
oh . muslimah . sebelum saya terlupa .. saya nak pesan satu benda ..
kaki kita juga aurat . jadi .. tak nak pakai stokin . pakai lah kasut bertutup .
semoga kehidupan kita diredhai Allah . ins sha Allah . aminnn . :)
No comments:
Post a Comment