Monday, December 10, 2012

BAGAIMANA MENJERNIHKAN HATI ?

Bismillah ..
Assalamualaikum .

seperti tajuk di atas . saya baca buku nie . jadi saya akan berkongsi serba sedikit bersama2 para pembaca sekalian ... semiga kita menjadi hamba yang Allah redhai ... aminn :)




Hati yang kotor akan menyukarkan ilmu untuk menembusinya. Hidayah Allah juga sukar untuk meresapi hati yang kotor itu . Maka, sangat dituntut agar setiap orang itu menyucikan hatinya kerana hati itu tempat nilaian Allah . Rasulullah S.A.W bersabda :

               " Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa
                                                       dan harta-harta kamu tapi  melihat
                                              hati dan perbuatanmu "
                                                                                                    ( Riwayat Muslim )

Beberapa langkah berikut perlu dilakukan untuk menyucikan dan menjernihkan hati :

1) Memuhasabah diri  dengan mencari simptom2 penyakit penyakit hati yang terdapat dalam diri . Antara jenis2 penyakit hati ialah iri hati, dengki, pemarah dan bersangka buruk. Penyakit2 hati inilah yang akan membawa seseorang kepada dosa yg seterusnya . Misalnya, rasa iri hati jika tidak dikawal akan mendorong si pemilik hati memperpanjangkan perasaannya itu dengan menabur fitnah terhadap insan yang dicemburui .


2) Bertaubat atas dosa-dosa.   Setiap hari kita melakukan dosa dengan sedar dan tanpa sedar . kandang2 kita mengumpul dosa dengan mengumpat, mengata orang . Kita juga bercakap perkara yang sia-sia dan membuatkan kita lalai daripada mengingati Allah . Sebab itulah kita dianjurkan agar melakukan solat sunat taubat sebelum tidur . Dikhuatiri kita mati semasa tidur dan tidak sempat bertaubat .

3) Mentadabbbur ayat Al-Quran . Mengapa dikatakan mentadabbur al-Quran dapat menyucikan hati ? kerana isi kandungan al- Quran menceritakan balasan2 dan seksa2 neraka yang bakal diterima oleh si penghimpun dosa . Al- Quran juga mengandungi khabar2 gembira daripada Allah untuk si penghimpun pahala . Maka dengan mentadabbur ayat al-Quran, ia dapat melahirkan rasa gerun di hati si penghimpun dosa dan dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah .

4) Istiqamah dengan amal soleh , iaitu amalan dan perlakuan yang diredhai Allah . Dengan terus-menerus amalan soleh seperti solat sunat taubat setiap malam, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, serta sentiasa solat sunat rawatib, ia mampu melembut dan menjernihkan hati .

5) Sentiasa melapangkan masa dengan berzikir iaitu mengingati Allah dengan membaca ayat2 tertentu. Zikir dapat menjernihkan hati kerana hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah , seperti firman Allah :

    "(iaitu) orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. [ QS Ar-Ra'd, 13: 28 ]

6) Mengingati mati . Dengan banyak mengingati mati, hati menjadi insaf tentang sedikitnya amalan yang dilakukan dan banyaknya dosa yang dihimpunkan .

7) Menghadiri majlis-majlis ilmu . Dengan bertambahnya ilmu, bertambahlah pedoman untuk menjalani kehidupan termasuklah pedoman dalam membersihkan hati, beramal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah . Maka majlis ilmu itu sendiri disifatkan Rasulullah SAW sebagai taman syurga . Maka sudah tentulah hati akan mudah untuk dijernihkan . .

    
   SUCIKAN DIRI DENGAN MENYUCIKAN HATI.

Di manakah tahap hati kita ?    Adakah hati kita sihat atau berpenyakit ? Jika kita merasakan bahawa hati kita sakit, maka hat iyang sakit itu perlu dirawat dan diberikan penawarnya . Jika kita merasakan bahawa hati kita tenat, maka hati yang tenat itu perlu dikejarkan ke bahagian kecemasan iman, Jangan biarkan hati terus tenat, kemudian kita mati tanpa sempat mengenal erti taubat !!

Sucikan hati kerana hati yang suci adalah wadah untuk menampung hidayah dan iman . , 






Note : saya sukaaa sangat DIANA AMIR selepas dah berhijab .... sangat cantikkk .... nah sekeping gambarr kakak saya . lalalalla ~





by : Ukhti Raihanah Zakaria

Sunday, December 2, 2012

AURAT OH WANITA :)

Assalamualaikum . wahai pembaca yang dikasihi,

hari ini saya nak share tentang aurat wanita yang sangat mahal harganya .
apa yang kita dapati sekarang, ramai wanita yang memandang remeh dalam hal ini .
err .. ini melibatkan akhirat .. jadi .
teruskan membaca wahai pembaca .

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".


1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).



oh . muslimah . sebelum saya terlupa .. saya nak pesan satu benda .. 

kaki kita juga aurat . jadi .. tak nak pakai stokin . pakai lah kasut bertutup .
semoga kehidupan kita diredhai Allah . ins sha Allah . aminnn . :)

Saturday, December 1, 2012

MUTIARA KATA-KATA ALI BIN ABI TALIB

Assalamualaikum .. :)

baiklah ini adalah post ana yang pertama . oh .. saya kata (ana = saya) .
hari itu akhi  beli buku novel sejarah islam .. yang bertajuk , Ali bin Abi Talib
oleh itu . apa ilmu yang ana dapat . ingin sangat ana kongsi bersama para pembaca sekalian .
mintak maaf jika tulisan ana tak menarik ,


1- Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik .

2- Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka, jangan sampai mendustakan Allah dan Rasulnya.

3- Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seorang yang tidak tahu membalas budi ketika dia sedang kenyang.

4- Hiburkanlah hati kamu dan carilah hal-hal yang menyenangkannya kerana ia juga berasa bosan dan sebagaimana bosannya tubuh.

5- Nafsu itu membangkitkan hawa, ia dapat menyeret manusia ke tempat2 maksiat, ia hanya menuntut sesuatu yang menyenangkan, ia selalu enggan bekerja, jika engkau paksa bekerja ia akan memberontak, tapi jika kamu lalaikan maka ia mengheret kamu ke jurang kebinasaan.

6- Ketahuialah, jangan kamu mengharap kecuali hanya pada Tuhan , jangan dia takut kecuali kepada dosa-dosa, jangan malu bertanya jika tidak tahu, dan jangan malu mengaku tidak tahu jika ditanya sesuatu yang dia memang tidak tahu.

7- Kefakiran menjadikan orang pandai tidak berani berhujah, kemiskinan menjadikan seseorang itu tidak dikenali di negerinya sendiri .

8- Ketidakmampuan adalah suatu kekurangan, kesabaran, adalah keberaniaan , zuhud adalah kekayaan dan warak adalah perisai .

9- Sopan santun adalah pakaian yang selalu baru, berfikir adalah cermin yang bersih .

10- Jika kekayaan mendatangi seseorang, maka ia akan dipinjami kebaikan-kebaikan orang lain, tetapi jika kekayaan pergi daripada seseorang maka kebaikan2 dirinya akan terlepas .

11- Jangan kamu jadikan dirimu sebagai hamba kepada orang lain sebab Allah menjadikan kamu sebagai seorang yang merdeka .

12- Tidak seseorang pun dapat menyembunyikan seseuatu kecuali akan muncul daripada ketidaksengajaan lisannya dan daripada lembaran2 wajahnya.

13- Jangan kamu selalu mengandalikan diri dengan angan2 kosong sebab hal itu  adalah perniagaan orang pandai .

14- Mahukah kamu aku tunjukkan seorang  yang paling luas pengetahuannya? Ada kalanya seorang yang tidak menghias pengabdiannya kepada Allah dengan maksiat lalu tidak merasa aman dariapada seksanya dan tidak merasa putus asa daripada rahmatnya,

15- Manusia itu sedang tidur setelah mati baru terjaga.

16- Manusia itu adalah musuh bagi yang tidak mengetahuinya.

17- Manusia dengan zamannya bagaikan anak dengan ayah2 mereka .

18- Rahsia seserang tersimpan di bawah lidahnya.

19- Tidak akan binasa seorang yang tahu nilai dirinya .

20- Ada kalanya hanya dengan satu ucapan dapat menutup kenikmatan,


okey ?? fenin fefala tak ??

tadi ana tulis pasal kata mutiara .
sekarang ana nak cerita serba sedikit pasal Ali bin Abi Talib


Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Usiannya 31 lebih  muda daripada Nabi Muhammad. ibunya Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf daripada Bani Hasyim. Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim

Nama asalnya Haidarah . Rasulullah memanggilnya Ali . selain itu pernah juga Rasulullah memanggilnya Abu Turab . 




andai ada salah ejaan . mintak maaf . saya hanya insan yang sangatlah lemahh ... sorry ;)