Tuesday, January 1, 2013

Melawan Lemah Semangat

baiklah semua orang pernah merasai saat kejatuhan masing2 kan . macam tuh juga dengan aku . Seolah2 dirasakan dunia ini sudah tidak ada ruang untuk diri kita . Semua orang memandang rendah terhadap diri kita dan tiada tenaga untuk melawan .

Dalam perjuangan menggapai tujuan hidup dan cita2, anda dihinggapi rasa letih, jenuh dan jemu . pendek kata bagaimana mengatasi sindrom "lemah semangat " ini ? Terdapat 12 kekuatan yang boleh kita aplikasikan:

1 - Kekuatan Rohani

=> ingat dan fikir tentang kebesaran Allah yang memberi kita kehidupan seperti udara untuk bernafas , pakaian untuk menutup aurat .
     Sentiasalah berada dalam keadaan bersuci dan berwuduk . Jangan tinggal solat, malah tunaikan solat diawal waktu. Luangkan masa untuk membaca al-Quran . Basahkan lidah dengan doa,munajat, selawat, zikir, tahmid dan tahlil supaya boleh tenangkan kalbu kita dan beri semangat baru pada diri sendiri , Bertawakallah kepada Allah setelah kita berusaha dengan sungguh2.  Ibadah yg berkesan akan segarkan jiwa jika kita lakukannya dgn khusyuk dan iklas .

2 - Kekuatan Berjemaah

=> banyakkan solat jemaah . bermusafir secara jemaah . dengan berjemaah, kekuatan semangat orang lain boleh beri manfaat kepada kita.

3 - Kekuatan Kesedaran

=> fikirkan sebanyak2 manfaat bagi sesuatu perbuatan yang anda lakukan . Siasat tentang kesan negatif yang akan timbul yg akan menimpa jika anda tidak melakukan sesuatu perkara . Jangan biarkan diri anda dikuasai minda bawah sedar sepanjang masa . Seorang mukalaf akan dipertanggungjawab atas perkara yang dilakukan di dunia tatkala berhadapan dengan Allah s.w.t di akhirat kelak.

4 - Kekuatan Minda Positif.

=> Hadapi masalah kehidupan yang menimpa dengan senyuman dan kesabaran . Kaitakan masalah hidup yang  anda alami dengan impian. masalah ini muncul kerana impian belum sampai ke puncaknya.
      yakinlah, masalah hidup akan mendewasakan dan menguatkan hati kita untuk melangkah. Allah s.w.t telah berjanji bahawa di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan. Di sebalik kesulitan pula selalu ada hikmah yang tersembunyi.

5- Kekuatan Impian

=> Cuba impikan sesuatu yg produktif,positif dan cemerlang. Hasilnya akan membangkitkan motivasi diri.

6 - Kekuatan Tindakan

=> Berangan2 tidak mendatangkan faedah jika kita tidak bertindak . Ikuti program kuliah , ceramah , tazkirah . anda akan dilatih dengan kaedah memotivasikan diri . membaca buku motivasi akan membantu anda kembali bersemangat . * betol . aku pernah buat *
     letakkan kata kata semangat pada tempat3 yg mudah dilihat .
Jangan tunggu bersemangat baru hendak bertindak . bertindaklah. anda akan bersemangat . Walaupun berat untuk memulakan paksa diri untuk memulakannya . apabila sudah mula